Bawa pantai ke dalam bilik darjah, Cikgu Nazmi menang anugerah

Bagi pelajar di bandar, barangkali menulis karangan 40 perkataan untuk menceritakan pengalaman berkelah bersama keluarga di tepi pantai suatu tugasan yang mudah.

Namun, ia berbeza dengan pengalaman Muhammad Nazmi Rosli selepas sebulan dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Sarawak.

Nazmi kemudian mendapati sebabnya bukan kerana pelajarnya lemah bahasa Inggeris.

“Ia sualan yang mudah (berkenaan perkelahan keluarga), saya ingat semua pelajar dapat tulis karangan ini. Tapi saya silap.

“Saya kemudian sedar anak-anak ini tidak berhubung dengan dunia luar. Mereka tak dapat tulis karangan tentang perkelahan kerana mereka tak pernah ke pantai,” katanya.

Ia kemudian menjadi motivasi untuknya mengubah bilik darjah menjadi “pantai”, dengan menggunakan kotak dan beg plastik di sekolah.

Guru bahasa Inggeris SK Long Sebangan di Lawas, Sarawak itu menceritakan kembali pengalaman tersebut dalam ucapannya setelah diumumkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2023.

Nazmi antara lima finalis untuk anugerah itu yang dianjurkan Pemimpin GSL. Terdapat 2,135 guru di seluruh negara yang dicalonkan untuk anugerah itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker