PRK KKB: Peratusan Melayu pro PH signifikan – Penganalisis

PRK KKB: Peratusan Melayu pro PH signifikan – Penganalisis

Ketika ramai mengandaikan kelebihan calon Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, penganalisis percaya peluang Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diperkecilkan meskipun menampilkan calon bukan Melayu .

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib berkata meskipun Dewan Undangan negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu mempunyai 50 peratus pengundi Melayu, peratusan Melayu yang pro PKR dan DAP agak signifikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu membolehkan PH menang.



Namun, beliau berkata PH juga perlu bijak memenuhi jangkaan pengundi terkait isu semasa terutama dalam isu harga barang, minyak, kelembapan ekonomi dan isu berkaitan aspirasi Melayu serta Bumiputera.

“Sentimen pengundi akan menentukan menang kalah calon di Kuala Kubu Bharu.

“Kalau pengundi merasakan PH belum mencapai jangkaan untuk jaminan kesejahteraan hidup disebabkan harga beras naik, minyak naik, telur naik, kelembapan ekonomi dan tidak boleh menjaga aspirasi Melayu dan Bumiputera, maka Perikatan Nasional (PN) boleh menang bergaya,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas peluang parti yang bakal bertanding dalam PRK DUN Kuala Kubu Bharu selepas PH dan PN mengumumkan calon masing-masing.



PH mencalonkan Pang Sock Toa yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala PN mencalonkan Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu dijangka menyaksikan saingan sekurang-kurangnya tiga penjuru berdasarkan enam borang penamaan calon yang dijual Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga semalam.

Isu KPI lebih dinilai berbanding pola kaum

Sementara itu, Penganalisis Politik dan Media Sosial dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Sara Chinnasamy, berkata peluang PH dan PN hampir sama dan tidak hanya bergantung kepada peratusan pengundi semata-mata.



Bagaimanapun beliau percaya soal peluang lebih cenderung dinilai kepada soal petunjuk prestasi utama (KPI) berbanding pola pengundian mengikut kaum.

“Kita tahu pola pengundian mengikut kaum amat jelas dalam sistem politik pilihan raya kita, yang mana majoriti orang Cina dan India mengundi PH, manakala Melayu hampir 70 peratus berdasarkan kajian mengundi PN.

“Namun saya rasa PRK Kuala Kubu Bharu lebih kepada soal pencapaian PH dalam mentadbir kerajaan ketika ini,” katanya

Dalam pada itu, beliau mengakui politik Malaysia sudah banyak berubah yang mana kuasa di tangan rakyat dan mereka boleh mengubah kerajaan di dalam sekelip mata.



“Pengundi melihat kepada KPI ahli politik di satu-satu kawasan sama ada mereka benar-benar ‘perform’ atau tidak… faktor turun padang juga penting sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian bagi golongan muda,” katanya.

Sara menjelaskan, peluang di Kuala Kubu Bharu lebih kepada isu ‘bread and butter’ yang mana isu kenaikan harga barang antara menjadi perhatian.

Justeru, beliau percaya isu ekonomi akan dimainkan dan pasti memberikan impak terhadap undi sama ada peratus keluar mengundi akan rendah atau pola pengundian mengikut kaum akan terus mainkan peranan di sini,” katanya. BH

PRK KKB: Peratusan Melayu pro PH signifikan – Penganalisis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker