Zizan mahu selektif berkarya

Zizan mahu selektif berkarya

Artis versatil, Zizan Razak belum mahu mengucapkan selamat tinggal kepada bidang seni, sebaliknya, terus mengatur strategi memperkukuhkan nama, seiring kematangan dan pengalaman diraih.

Zizan yang mula mencipta nama sebagai pelawak, masih mencintai semua cabang seni yang diteroka, namun, pada peringkat ini, dia semakin matang membuat pilihan produk baik dari segi lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

“Saya masih aktif dalam industri hiburan. Buat masa ini, saya gembiralah terutama dalam bidang lakonan kerana itu karier disukai sejak kecil.

“Meskipun ketika itu, tidak terfikir bergelar artis, namun, Allah sudah tulis jalan hidup saya. Apabila dapat peluang, saya tidak mahu mensia-siakannya.

“Kesimpulannya, saya belum puas lagi sehingga tahap saya hendak berhenti. Saya masih mahu terus menjadi anak seni yang mengharumkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa,” katanya ditemui selepas sidang media Konsert ST12 dan Nidji Live In Sabah anjuran syarikat miliknya, ZR Project serta MW Pertama di sini, baru-baru ini.

Julung kali menggabungkan dua kumpulan terkenal Indonesia di pentas, konsert berkenaan bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 21 Oktober.

Yang turut hadir pada sidang media itu adalah Pengarah Urusan MW Pertama, Nabiha Aimi.

Zizan mengaku bersikap selektif, terutama dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Saya teliti dalam soal pemilihan watak, skrip atau lagu. Saya tidak mahu buat sesuatu perkara sama.

“Perkara ini juga untuk kebaikan diri. Saya cari projek yang lebih menunjukkan lakonan saya semakin ‘stail’ dan bagus.

“Kematangan membuatkan saya berhati-hati ketika bekerja. Mungkin dahulu saya ambil sahaja tawaran berlakon yang ada.

“Namun, apabila sudah keluar di pawagam, ada kalanya, saya bertanya sendiri, sebenarnya, saya boleh buat lebih daripada apa yang dihasilkan.

“Selain itu, setiap orang yang datang membeli tiket adalah peminat. Semestinya, saya hendak mereka keluar pawagam dengan rasa puas, bukannya perasaan tidak puas hati dengan hasil kerja ditunjukkan.

“Begitu juga dengan kerjaya nyanyian. Masalah sama saya hadapi untuk pilih lagu kerana karya sekarang semakin hebat dan bagus,” katanya.

Zizan sedang meneliti beberapa lagu baharu, namun, belum ada karya yang menepati kehendaknya, seperti single yang pernah dihasilkan.

“Walaupun orang lihat saya sebagai pelawak, namun, dalam soal kerja, ia bukanlah suatu perkara yang main-main,” katanya yang pernah tampil dengan single Bawaku Pergi dan Infiniti Cinta bersama Kaka Azraf.

Ditanya mengenai keputusan diambil Hairul Azreen yang berundur daripada dunia seni, Zizan yang cukup sinonim dengan filem Abang Long Fadil, Polis Evo dan KL Zombi berkata, temannya itu mengambil langkah yang dilihatnya, positif.

Zizan yakin Hairul membuat keputusan itu selepas memikirkannya ‘masak-masak’, terutama atas faktor mahu melihat anak-anak membesar.

“Hairul fikir mana yang terbaik. Saya tidak salahkan Hairul sebab dia lebih tahu apa yang terbaik.

“Mungkin Hairul berfikir sudah tiba masanya dia tumpukan masa untuk isteri dan anak-anak. Karier sebagai pelakon ini terlalu sibuk tanpa kira waktu.

“Malah, Hairul sudah beberapa kali cedera ketika menyiapkan filem. Saya fikir mungkin ini juga faktor dia mahu berehat,” katanya yang pernah berganding dengan Hairul dalam filem Wira. BH

Zizan mahu selektif berkarya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker