Aligator tembus pagar besi padang golf hingga bengkok

Aligator itu dirakam menerobos pagar aluminium di sebuah padang golf. – Facebook

Sebuah klip video tular di media sosial Amerika Syarikat (AS) memaparkan situasi seekor aligator gergasi membengkokkan pagar besi di sebuah padang golf dengan pantas dan mudah, lapor akhbar New York Post semalam.

Video itu kini ditonton lebih satu juta pengguna Facebook.

“Lihat haiwan besar ini membengkokkan palang aluminium dan menyelinap terus melaluinya,” tulis akaun Matt Devitt WINK Weather sambil memberitahu kejadian itu berlaku di padang golf persendirian di Placida, negeri Florida.

“Kami cuba menggali lubang supaya ia boleh melaluinya tetapi ia memutuskan untuk melalui pagar,” kata seorang pekerja, Zach kepada Jam Press selepas rakannya merakamkan kejadian itu.

Menurut Zach, dia bersama rakan sekerja telah memasang pagar baharu itu untuk menghalang penceroboh daripada keluar dan menjaga keselamatan orang ramai.

Walaupun kekuatan sebenar aligator belum diketahui, haiwan itu mempunyai daya gigitan lebih 907 kilogram bagi setiap inci persegi iaitu kelima terkuat dalam kesemua haiwan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Seakan adegan filem Jurassic Park,” komen seorang netizen.

“Ia mempunyai kerjaya sebagai penguji produk pagar,” kata seorang penonton yang terkejut. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker