Komuniti Tionghua dijemput masuk ke dalam masjid

Komuniti Tionghua dijemput masuk ke dalam masjid

Kepala Batas: Komuniti Tionghua di beberapa taman perumahan di sini, teruja apabila diberikan peluang untuk melihat persekitaran Masjid Abdullah Fahim yang tersergam indah dengan lebih dekat.

Selain itu, mereka yang dipelawa pengurusan masjid turut menyaksikan simulasi mengambil wuduk dan solat. Ia turut menarik perhatian mereka.

Suri rumah, Tan Cheng Heong, 49, berkata, dia yang menetap di Taman Merkasari di sini, sudah lama teringin untuk masuk ke masjid kerana selalu melihatnya dari jauh sahaja.

“Setiap kali lalu saya hanya dapat tengok sahaja masjid ini dan teringin sangat nak masuk untuk lihat apa yang ada pada masjid yang sangat indah dan cantik ini.

“Tetapi saya tidak tahu caranya sehingga saya mendapat jemputan, ia peluang keemasan yang tidak saya lepaskan.

“Ketika dibawa masuk mengelilingi kawasan masjid, perasaan saya sangat tenang dan tidak sangka pelbagai kemudahan ada di masjid ini. Ia juga kemas dan bersih,” katanya ditemui hari ini.

Rakannya, Tan Chye Tin, 60, memaklumkan, dia berterima kasih kepada pengurusan masjid yang mengambil berat terhadap kejadian yang menimpa keluarganya walaupun berlainan agama.

“Pada 10 Julai tahun lalu, rumah saya terbakar dan pengurusan masjid tampil menghulurkan sumbangan sebelum bantuan lain diperoleh. Ia membuktikan keharmonian dalam kalangan masyarakat kekal terpelihara,” katanya.

Terdahulu, pengurusan Masjid Abdullah Fahim diketuai Imam Utama, Mohd Lukmanul Hakim Mokhtar menyantuni 27 keluarga Tionghua serta menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Hadir sama bekas Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Kampung Selamat Wong Soon Ping.

Soo Ping berkata, penganjuran program seumpama itu mampu mengubah persepsi masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam selain dapat mengeratkan silaturahim.

“Pada program ini, kami juga didedahkan dengan maklumat berguna mengenai masjid dan serba sedikit sejarah di sebaliknya. Kami juga didedahkan dengan kaedah berwuduk dan solat, ia adalah pengalaman baharu buat kami,” katanya.

Sementara itu, Mohd Lukmanul berkata, program yang julung kali diadakan pihaknya bertujuan menarik minat golongan bukan Islam supaya lebih mengenali agama Islam.

“Kita mahu tunjukkan bahawa agama Islam ini adalah agama perdamaian, agama yang sejahtera dan tidak menindas mana-mana bangsa serta agama lain.

“Sebelum mengadakan program ini, kita mendapatkan pandangan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Jabatan Mufti Pulau Pinang,” katanya. BH

Komuniti Tionghua dijemput masuk ke dalam masjid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker