Lori rempuh rumah, pemandu cedera

Lori rempuh rumah, pemandu cedera

ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori tersepit selepas lori yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Padang Kerbau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital manakala rumah berkenaan tidak berpenghuni.



Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Fadhil Saidin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Ayer Keroh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat sebuah lori tiga tan terbabas dan melanggar sebuah rumah kosong.

“Terdapat seorang mangsa yang mana pemandu lori itu tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kemudian dibawa menaiki van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Ayer Keroh ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.



Tambahnya, rumah jenis struktur kayu itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerosakan dan kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Aw

Lori rempuh rumah, pemandu cedera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker