Rakam aksi jelik dalam kereta, pasangan kekasih ditahan

Rakam aksi jelik dalam kereta, pasangan kekasih ditahan

Polis menahan sepasang kekasih selepas tular video mereka melakukan perbuatan jelik dalam kereta di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata kedua-dua suspek berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan, petang tadi.

Katanya, siasatan mendapati, rakaman kejadian itu berlaku pada 3.03 petang, 29 Mac lalu, tetapi baru tular di media sosial tiktok baru-baru ini.

“Polis menjalankan siasatan dan mengesan lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Sohaimi berkata, semakan dibuat mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” katanya.

Sohaimi turut mengingatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan melanggar norma kehidupan dan insan negara ini.

Sebelum itu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat memaparkan perbuatan jelik kedua-dua individu berkenaan di dalam sebuah kenderaan. FMT

Rakam aksi jelik dalam kereta, pasangan kekasih ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker