Tuduh “Rompak” Duit GST, Takkan Takde Malu Sikit Pun Bila Terbukti Salah?

Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam posting di Facebooknya kelmarin mengesahkan bahawa Jabatan Audit Negara tidak pun menjumpai tuduhan dari pihak regim bahawa RM 19.2 billion wang GST telah “dirompak” pentadbirannya.

Sebaliknya apa yang sebenarnya berlaku ialah duit yang dikatakan “dirompak itu” sebenarnya tuntutan GST yang belum dipulangkan, tuntutan yang meragukan dan sebagainya – boleh baca selebihnya di posting Facebook beliau.

Anehnya, penuduh yang mula-mula membuat dakwaan tidak berasas itu, tidak pun berbunyi tentang laporan dari Jabatan Audit seperti yang didedahkan Najib ini.  Besar tuduhan tu, malah ada laporan polis dibuat oleh seorang ahli parlimen UMNO pun berkaitan dengannya (rujuk gambar).



Tapi bila dibuktikan salah, senyap macam orang bodoh saja pulak pihak yang berkaitan tu, kenapa?

Rakyat (educated) boleh faham permainan politik di sebalik dakwaan seperti ini, cuma masalah dengan golongan yang tak educated saja, ada saja alasan nak bagi betul dia (walau terang-terang salah) – tapi buat apa buang masa dengan orang bodoh ye tak?

Begitupun, ini sebagai manusia yang kita cakapkan. Takkanlah takde sikit malu pun buat tuduhan yang sebegitu besar tanpa ada sedikit pun rasa bersalah bila ia didedahkan sebagai tidak benar?

Kemanusiaan yang kita mohon ni, bukan politik.



Tidak mahulah kita nanti kalau pihak regim dituduh cuba menyembunyikan kelemahan sendiri seperti gagal melaksanakan janji dengan membuat tuduhan yang tidak berasas seperti ini.  Dahlah janji banyak tak buat, dituduh menipu pulak lagi nanti, tak malu ke?

Related Articles

2 Comments

  1. Nak bunyi apa kebendanya..masa ni la paling sesuai sembunyikan kepala dalam spender. Homework pun tak habis buat, awal2 dah menyalak.

    Kita boleh terima kalau kerajaan lalu ada buat kesalahan. Memang kita mengharapkan keadilan. Lebih 50 tahun tu memerintah. Takkanlah tak pernah ada silap, takkanlah pemimpin2nya semua clean. Kita boleh tengok rekod dan sejarah..ramai yang dah kena. Malah sejak PH memerintah ni, mereka lebih pantas mengorek kesalahan2 lampau mantan2 pemimpin yang ada hingga sanggup membuat bodoh atas janji2 menifesto mereka yang telah dicapati.

    PM ke-4 yg pernah perintah negara selama 22 tahun pun boleh jadikan anak cucunya kaya raya. Kalau nak kata isterinya hidup sederhana tak macam isteri PM ke-7, cuba periksa pula apa adik beradik dia dapat selama suaminya jadi PM selama lebih 20 tahun.

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker