Makin ramai pemimpin, ahli Warisan keluar parti ikut Peter

Makin ramai pemimpin, ahli Warisan keluar parti ikut Peter

KOTA KINABALU: Parti baharu seperti yang diumumkan oleh bekas Naib Presiden Warisan Peter Anthony belum dilancarkan, namun semakin ramai pemimpin dan ahli parti berkenaan di peringkat bahagian mengikut jejak beliau meninggalkan Warisan.

Di Keningau, Timbalan Ketua yang juga Ketua Wanita Julimah Anggula bersama Naib Ketua Jickol Tagua serta Exco Wirawati merangkap pemangku Ketua Wirawati Keningau, Fadilla Lasmin mengumumkan keluar Warisan.



Pengumuman bersama itu dibuat dalam satu majlis yang turut dihadiri ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, AJK Wanita, Wirawati Pemuda Warisan, semalam.

“Kami mengumumkan keluar daripada parti Warisan tanpa pengaruh dan desakan mana-mana pihak.

“Ini adalah keputusan kami untuk menyokong kepimpinan Datuk Peter menubuhkan parti baharu yang mesra kerajaan,” kata Jickol dalam sidang media selepas majlis berkenaan.

Sementara itu di Kota Marudu, beberapa pemimpin diketuai Ketua Penerangan Warisan bahagian itu, Barlus Mangabis turut mengumumkan keluar Warisan.



Antara yang menyertai Barlus keluar Warisan ialah Setiausaha yang juga Ketua Pemuda Matunggong, Herwin Maranjak; Timbalan Ketua Perhubungan Warisan Matunggong, Jimis Monunsui; Ketua Penerangan Warisan Matunggong, Jotiol Madjamam dan beberapa AJK bahagian serta ketua-ketua cawangan.

“Di Matunggong boleh dikatakan Warisan sudah lumpuh, hari ini sekitar 120 bekas pemimpin dan ahli Warisan hadir.

“Ramai lagi dijangka akan sertai kami untuk menyokong kepimpinan Datuk Peter dalam parti baharu nanti,” kata Jotiol.

Tindakan pemimpin di Keningau dan Matunggong, Kota Marudu itu adalah selepas keputusan sama dibuat pemimpin di Tenom dan Sepanggar, baru-baru ini.



Terdahulu, Peter bersama ADUN Limbahau, Juil Nuatim mengumumkan keluar Warisan pada Dis lalu.

Peter turut memaklumkan bakal menubuhkan sebuah parti tempatan baharu yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). FMT

Makin ramai pemimpin, ahli Warisan keluar parti ikut Peter


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker