Surendran bukan aktif pun dalam parti – Fahmi

Surendran bukan aktif pun dalam parti – Fahmi

“Terpulang kepada beliau,” demikian reaksi Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran meninggalkan parti itu semalam.

Fahmi berkata bekas Naib Presiden PKR itu berhak membuat keputusan sedemikian memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti.



“Itu adalah keputusan beliau. Saya berpandangan itu adalah hak beliau. Terpulang kepada beliau. Beliau pun sejak dua menjak ini, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak terlibat, tidak aktif.

“Jadi, mungkin dia rasa sesuai untuk dia guna platform lain. Itu hak beliau. Saya hormati keputusan beliau,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam di sini malam tadi.

Semalam, Surendran mengumumkan keluar PKR atas alasan kecewa dengan parti itu.



Sebelum itu, Fahmi mengingatkan Surendran supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR. Mk

Surendran bukan aktif pun dalam parti – Fahmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker