Man United setuju sambar Sesko RM418.6 juta
Man United setuju sambar Sesko RM418.6 juta

Manchester: Manchester United bersetuju dengan perjanjian bernilai sehingga €85 juta (RM418.6 juta) untuk menandatangani penyerang, Benjamin Sesko dari RB Leipzig, hari ini, menurut beberapa laporan media di England.
BBC, The Athletic dan Sky Sports melaporkan bahawa United akan membayar €76.5 juta (RM376.7 juta) sebagai bayaran awal untuk pemain berusia 22 tahun itu, dengan tambahan €8.5 juta (RM41.8 juta) dalam bentuk insentif prestasi.
Newcastle juga berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Slovenia itu, kemungkinan sebagai pengganti kepada bintang mereka, Alexander Isak yang menjadi sasaran Liverpool.
Namun, Sesko lebih tertarik dengan reputasi bersejarah United sebagai juara Inggeris 20 kali, meskipun kelab itu tidak akan beraksi dalam mana-mana kejohanan Eropah musim ini.
Ketibaan Sesko melengkapkan rombakan besar-besaran ke atas jentera serangan The Red Devils yang tumpul musim lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Hanya empat pasukan lain menjaringkan gol lebih sedikit berbanding United yang hanya merekodkan 44 gol dalam 38 perlawanan Liga Perdana – musim paling buruk mereka dalam tempoh 51 tahun, apabila menamatkan saingan di tangga ke-15.
Sesko sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang dua musim di Jerman, dengan rekod 39 gol dalam 87 penampilan bersama Leipzig – termasuk 21 gol musim lalu.
Dengan ketinggian 1.95 meter, fizikalnya yang tegap, kelajuan luar biasa dan ketajaman penyudah menjadikan Sesko sering dibandingkan dengan penyerang Manchester City, Erling Haaland.
Seperti Haaland, Sesko juga memulakan karier profesionalnya di RB Salzburg sebelum berpindah ke Jerman pada 2023.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
United kini meletakkan harapan tinggi agar Sesko mampu merealisasikan potensinya untuk mengembalikan mereka ke kelompok teratas Liga Perdana.
Gabungan Sesko, Cunha dan Mbeumo menjaringkan 58 gol secara keseluruhan musim lalu.
Pelaburan besar ke atas ketiga-tiga pemain ini perlu membuahkan hasil dengan segera, apatah lagi United kini berdepan tekanan untuk mematuhi peraturan kelestarian kewangan (FSR), terutamanya tanpa sebarang pendapatan daripada saingan Eropah musim ini.
Man United setuju sambar Sesko RM418.6 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.