Mayat lelaki ditemukan dalam gaung dipercayai dibunuh
Mayat lelaki ditemukan dalam gaung dipercayai dibunuh
Ipoh: Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki di dalam gaung di Kampung Batu 23, Jalan Pahang dekat Tapah semalam sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Johari Yahya berkata ia susulan hasil bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pagi tadi yang mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul dengan objek tumpul.
“Terdapat kesan lebam dan luka lecet pada kepala, muka, dada, belakang badan serta kedua-dua tangan mangsa dan punca kematian adalah disebabkan multiple blunt trauma akibat dipukul dengan senjata tumpul,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Johari berkata sehubungan itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil di balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4011222,” katanya.
Mayat lelaki ditemukan dalam gaung dipercayai dibunuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.