Lama Sangat Mengadap Gajet, Doktor Tunjuk Ketulan Di Kelopak Mata Anak Buat Ibunya…..

Lama Sangat Mengadap Gajet, Doktor Tunjuk Ketulan Di Kelopak Mata Anak Buat Ibunya…..

PADA zaman sekarang, boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak sudah terbiasa didedahkan dengan gajet.

Malah jangan terkejut, ada ibu bapa yang memberi anak kecil mereka seawal usia dua tahun menggunakan telefon bimbit atau peranti lain untuk menonton video .

Mungkin pada asalnya niat ibu bapa sekadar mahu mententeramkan ataupun memujuk si kecil yang menangis, namun tanpa disedari, lama kelamaan cara tersebut mengundang rasa ‘ketagih’ anak terhadap gajet.

Lebih parah, dalam sesetengah kes, anak cenderung untuk memberontak sekiranya kemahuan mereka untuk menggunakan gajet tidak dipenuhi oleh ibu bapa.

Sudah banyak perkongsian di internet mengenai implikasi ‘ketagihan’ ataupun penggunaan gajet yang berlebihan, bukan sekadar pada deria penglihatan sebaliknya emosi si kecil.

Kelihatan ketulan pada kelopak mata, petanda alergi konjunktivitis.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Syaz dari Klinik Dermourra turut berkongsi video seorang pesakit kecilnya yang mengalami alergi konjunktivitis gara-gara penggunaan gajet yang berlebihan.

Malah menerusi video tersebut, Dr Syaz turut menunjukkan cara bagaimana mahu memeriksa mata anak untuk melihat sama ada mereka mempunyai tanda alergi konjunktivitis.

“Macam mana nak periksa kalau mata anak anda ada tanda-tanda alergi konjunktivitis? Salah satu caranya ialah dengan menterbalikkan kelopak matanya, untuk melihat sama ada terdapat ketulan kecil pada bahagian dalam kelopak mata,” kongsinya pada video tersebut.

Menurut Dr Syaz, pesakit kecilnya itu dibawa oleh si ibu ke kliniknya kerana selalu mengadu mengalami gatal dan pedih pada mata.

“Si ibu risau anak selalu tonyoh mata dan anak selalu mengadu mata kadang-kadang rasa gatal dan pedih. Pelajaran anak juga makin merosot.

“Nasib baik si ibu bawa anak ke klinik untuk lakukan pemeriksaan mata. Selepas pemeriksaan, didapati anak ini mengalami alergi konjunktivitis yang berpunca daripada bermain gajet berlebihan tiga hingga empat jam sehari,” ujarnya sambil menunjukkan ketulan-ketulan kecil yang terdapat pada mata kanak-kanak berkenaan.

Kelopak mata individu yang mengalami alergi konjunktivitis.

Dalam video berasingan, doktor tersebut turut berkongsi tanda-tanda jika seseorang kanak-kanak mengalami masalah penglihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Antara tanda-tanda tersebut adalah:

1. Mata letih dan tidak selesa

2. Kerap gosok mata dan mata berkelip

3. Kecilkan mata untuk melihat objek jauh

4. Sengetkan kepala untuk melihat objek

5. Mata juling

6. Baca buku atau menonton televisyen atau melihat skrin telefon pada jarak dekat

7. Kerap sakit kepala

8. Kerap terjatuh kerana tidak nampak objek di persekitaran

Jika anak-anak mempunyai tanda-tanda seperti di atas, usah berlengah! Segera bawa anak anda menjalani pemeriksaan mata pada kadar segera.

Lama Sangat Mengadap Gajet, Doktor Tunjuk Ketulan Di Kelopak Mata Anak Buat Ibunya…..

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker