Walaupun PM umum RM1.6 billion untuk Kedah, Sanusi kata tak teruja pun

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak teruja dengan pengumuman peruntukan RM1.6 bilion oleh kerajaan Persekutuan khusus untuk Kedah, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana peruntukan tersebut bukannya projek pembangunan baharu, sebaliknya melibatkan projek-projek di Kedah yang diumumkan kerajaan terdahulu.

Menurutnya, sebahagian projek merupakan sambungan daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang belum disiapkan dan disambung semula.



“Saya difahamkan projek itu ada projek sambungan, ada projek RMK12 yang belum siap dan disambung semula, bukan benda baharu. Kalau Anwar umum perkara baharu libatkan RM1.6 bilion, kita pun nak tau.

“Sebab itu saya taklah teruja sangat, sebab sudah dengar dalam pelan RMK12, semua benda itu sudah ada dalam jadual. Hanya diumum semula, kalau umum benda baharu saya pun nak dengar,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan RM1.6 bilion untuk Kedah melalui Belanjawan Madani 2023, ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani pada Sabtu.

Muhammad Sanusi turut menempelak sikap segelintir pemimpin Pusat yang cuba mengaburi rakyat dengan kenyataan tidak relevan.



“Baru-baru ini ada kementerian sebut kalau tukar kerajaan akan korek laut bagi dalam supaya feri boleh lalu 15 kali sehari. Saya nak maklum, perkhidmatan feri, jeti, kereta api, lapangan terbang, semua bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Tak perlu tukar kerajaan pun, MOT perlu urus semua itu. Saya tak tahu, mereka tahukah mana petak kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri nak korek laut bagi dalam memang tak boleh sebab itu kuasa Persekutuan,” katanya.

Menurutnya lagi, tidak perlulah mencanang idea yang menjadi tanggungjawab Persekutuan dan ia merupakan perkara asas yang perlu dilakukan terhadap semua negeri.

“Mereka mai (datang) jual benda-benda macam itu. Bila orang tak tahu, lakulah. Tapi rakyat Kedah semua cerdik. Jadi dia buatlah kerja dia, saya buat kerja saya. Jangan canang kata yang kita tak boleh buat sebab saya gagal, tak bolehlah macam itu,” ujarnya lagi.



Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menyambut baik pandangan Anwar yang menegaskan Kerajaan Perpaduan sama sekali tidak akan menganaktirikan empat negeri pembangkang bawah Perikatan Nasional (PN).

“Kerjasama kerajaan sepatutnya begitulah. Semangat yang saya hargai daripada kerajaan Persekutuan. Perkara normal seperti itu patut diteruskan sebab ia bukanlah perkara baharu.

“Persekutuan ada perjanjian yang boleh dipatuhi dimeterai pada 1963 dalam pembentukan Malaysia. Apa yang diberikan kerajaan Persekutuan dan apa yang boleh diberi kepada kerajaan negeri. Hormatilah konsep ini walau berbeza kerajaan peringkat Pusat dan negeri,” tegasnya.

Menurutnya lagi, tiada keperluan untuk mengamalkan konsep baharu seperti hanya mementingkan kerajaan negeri yang sealiran dengan Persekutuan kerana ia tidak memberi nilai tambah dalam kemajuan negara ini.



“Tak perlu ambil konsep baharu, kalau kerajaan negeri sama, dianggap istimewa dan kalau tak sama, tak istimewa. Itu semua di luar undang-undang dan perkara yang tidak patut dilayan. Ia hanya akan merosakkan apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker