Petaling Street digempur 4 agensi

Petaling Street digempur 4 agensi

Lokasi `syurga’ barangan tiruan di Jalan Petaling di sini, digempur besar-besaran selepas risikan pihak berkuasa mendapati ia masih menjadi lubuk menjual pelbagai barangan jenama terkemuka cetak rompak.

Operasi khas bersepadu membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dilakukan di lokasi itu tengah hari semalam.

Jurucakap DBKL berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan bersepadu dijalankan, sebanyak tujuh premis perniagaan membabitkan kedai menjual pakaian, beg, aksesori, restoran dan lain-lain aktiviti diperiksa.

“Seramai 90 orang pekerja dan pengendali premis perniagaan turut disiasat terutamanya membabitkan warga negara asing.

“Hasilnya seramai 44 warga asing ditahan JIM kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menerusi kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Warga asing dipercayai diupah untuk menjadi jurujual di sekitar kawasan itu membabitkan warga Bangladesh seramai 23 individu, Myanmar (11), Nepal (6), Indonesia (3) dan seorang warga Filipina,” katanya.

Menurutnya, KPDN mengambil tindakan ke atas tujuh premis stor simpanan barangan cap dagangan membabitkan 37 jenama terkenal.

“Tindakan sitaan turut dilakukan terhadap pelbagai barangan tiruan dan peralatan perniagaan. Dua pengendali premis ditahan untuk tindakan lanjut mengikut kesalahan Akta Cap Dagangan 2019,” katanya.

Sementara itu, DBKL bertindak menutup serta merta dua premis yang dikendalikan warga asing serta mengeluarkan empat notis kompaun membabitkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, penggajian warga asing, halangan tempat awam dibawah UUK Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama agensi sahabat ini, akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan (hotspot) yang lain juga,” katanya.

Sebelum ini Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dalam satu Kajian Semula Pasaran Terkenal 2022 menamakan lokasi pelancongan Petaling Street atau jalan Petaling sebagai antara kawasan terkenal menjual barangan tiruan dan cetak rompak.

Selain Jalan Petaling, 33 kawasan dan 39 pasaran dalam talian di 18 negara lain disenaraikan antara wilayah yangterbabit aktif dalam aktiviti cetak rompak dan tiruan.

Di kawasan ini berlakunya aktiviti jualan barangan tiruan, termasuk jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan barangan pengguna lain, Walaupun aktiviti pasaran belum kembali ke tahap sebelum pandemik kerana pelancong asing terhad, kebanyakan barangan yang ada pada masa ini nampaknya adalah tiruan, tulis laporan tersebut.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa pihak berkuasa tempatan hanya akan mengambil tindakan terhadap aduan pemegang hak cipta hanya selepas mereka mengemukakan bukti yang cukup besar sebelum pihak berkuasa bersetuju untuk bertindak.

Bagaimanapun pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee berkata tuduhan dibuat itu tidak benar dengan mendakwa hanya 10 peratus hingga 20 peratus daripada penjaja di situ yang menjual barangan tiruan. HM

Petaling Street digempur 4 agensi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker