Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’

Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkait ‘kerajaan UMNO’ sebagaimana dipaparkan dalam sekeping gambar yang berterusan disebarkan melalui media sosial.

Gambar tular itu memaparkan baginda dan bendera Johor, dengan kenyataan palsu tertera ‘kerajaan Umno perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’.

Sultan Ibrahim bertitah, ia adalah kenyataan palsu disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui pelbagai aplikasi media sosial.

Dalam hantaran terbaru melalui media sosial baginda, hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda atau keluarga diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, iaitu Royal Press Office.

“Kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan dalam media sosial dan ia masih berterusan hingga hari ini.

“Saya telah menitahkan Royal Press Office untuk sekali lagi membuat laporan polis berhubung perkara ini,” titah baginda.

Sebelum ini, RPO pernah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu berkenaan. BH

Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker