Laporan Polis Telah Dibuat Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Tersebar..Nampak Sila Lapor! [VIDEO]
Laporan Polis Telah Dibuat Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Tersebar..Nampak Sila Lapor! [VIDEO]
PIHAK penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Studio Kembara Sdn Bhd telah membuat laporan polis berhubung penyebaran filem tersebut yang berleluasa di laman sosial seperti TikTok dan Instagram sejak kebelakangan ini.
Pegawai undang-undang syarikat tersebut yang dikenali sebagai Hassan berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada Khamis dalam usaha menghentikan penularan filem itu tanpa kebenaran.
“Rakaman yang dibuat oleh sesetengah pihak ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan klip rakaman filem itu di media sosial,” katanya.
Sebelum ini, pengarahnya Syamsul Yusof memberi amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan rakaman filem itu dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada yang tetap berdegil.
Dalam pada itu, Hassan mengingatkan kepada masyarakat, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana perbuatan itu adalah kesalahan berat dibawah akta hak cipta dan juga akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Ada akta khas untuk mencegah perkara ini daripada berlaku secara berleluasa dan ia adalah kesalahan berat jika merakam filem di dalam panggung wayang.
“Kita akan berjumpa dengan pegawai penyiasat dan mungkin akan buat tindakan lanjut,” ujarnya.
Sementara itu, Hassan turut menyeru kepada pengguna media sosial untuk melaporkan kepada pihaknya jika terjumpa ada pihak yang menyebarkan filem itu untuk diambil tindakan.
“Kepada pihak yang masih lagi buat, ini adalah amaran keras dan kepada pihak-pihak diluar sana, jika ternampak sila beritahu Studio Kembara.
“Kita akan ambil tindakan segera untuk kita cegah perkara ini daripada terus berlaku,” tegasnya.
Untuk rekod, filem lakonan Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan dan Johan As’ari itu telah mengutip RM32 juta sejak ia ditayangkan pada 23 Jun 2022. mSTAR
Laporan Polis Telah Dibuat Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Tersebar..Nampak Sila Lapor! [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET