PRU15: Dasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri – Mohamad Hasan

PRU15: Dasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri – Mohamad Hasan

PENAMPANG: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Justeru, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, cakap-cakap segelintir individu yang bertentangan dengan dasar itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai pandangan parti UMNO mahupun BN.

Beliau juga menegaskan, tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, malah parti memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dengan penuh ikhlas.

“Kita memperakui baru-baru ini Perdana Menteri (Ismail Sabri) merupakan calon ‘poster boy‘ (Perdana Menteri) kita menghadapi pilihan raya (PRU15), ini jelas menunjukkan keikhlasan parti untuk kita pastikan ketenangan dalam parti itu dapat kita capai sebelum kita hadapi pilihan raya.

“Tetapi cakap-cakap satu, dua orang itu tidak boleh dijadikan sebagai dasar parti ya, dasar parti jelas memperakukan ‘poster boy‘ kita adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Sabah di sini hari ini.

Mohamad berkata, apa yang penting dalam UMNO dan BN adalah memupuk perpaduan dan kesepakatan dalam parti itu yang perlu serta amat penting ketika parti menghadapi PRU15.

“Lagipun kita memang menjadikan kestabilan itu sebagai kita (BN) punya tagline iaitu kestabilan demi kemakmuran,” katanya. – BERNAMA

PRU15: Dasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri – Mohamad Hasan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker