Bapa dikecam rakam anak 5 tahun tunggang motosikal

Kanak-kanak tersebut dikatakan sedang belajar menunggang motosikal sambil diawasi bapanya. – Instagram Beritaindonesia

JAKARTA – Tindakan seorang bapa  merakam video anaknya yang berusia lima tahun menunggang motosikal dikecam netizen yang menyifatkan aksi itu sebagai berbahaya, lapor laman berita Viva  kelmarin.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman Instagram,  seorang kanak-kanak perempuan  dilihat menunggang motosikal jenis skuter di sebuah kawasan lapang.

Kaki kanak-kanak itu bagaimanapun tidak cukup panjang untuk berpijak ke tanah.

Budak perempuan berusia lima tahun itu dikatakan sedang belajar menunggang motosikal sambil diawasi bapanya.



“Kanak-kanak belajar menunggang motosikal di bawah pengawasan bapanya,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Video berkenaan menjadi tular dan menerima kecaman kerana  perbuatan tersebut dianggap  berbahaya.

“Mengapa mahu ajar anak sekecil itu menunggang motosikal? Mahu kelihatan hebatkah? Itu bukan sayangkan anak, itu membahayakan anak,” kata seorang netizen.

“Kalau terjadi apa-apa perkara buruk, barulah ibu bapa mahu menangis. Kalau sayangkan anak, jagalah baik-baik,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – AGENSI



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker