Percakapan Masih Tak Lancar, Uji Rashid Lega Keadaan Kesihatan Cico Semakin Pulih

Percakapan Masih Tak Lancar, Uji Rashid Lega Keadaan Kesihatan Cico Semakin Pulih

Penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan anaknya, Cico bertambah baik selepas dipercayai diberi racun oleh rakan-rakan.

Perlahan dari segi percakapan



Pada bulan April 2018, Uji pernah melahirkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf. Menurut Uji, dia geram apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif. Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya.

Menerusi laporan Harian Metro, Uji Rashid memberitahu secara keseluruhan keadaan Cico pada masa ini semakin baik. Namun, anaknya itu masih perlahan dari segi percakapan.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, keadaannya makin okey. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar. Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah.



Terdahulu, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam. Sebagai ibu, Uji sentiasa berdoa agar mereka yang menganiaya anaknya itu dapat segera bertaubat atas kesalahan mereka. HM

Percakapan Masih Tak Lancar, Uji Rashid Lega Keadaan Kesihatan Cico Semakin Pulih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker