Mengamuk kena saman, wanita pukul, gigit anggota polis [VIDEO]

TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita menampar pegawai polis kerana tidak mahu disaman. – Kompas.com

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mencetuskan kekecohan apabila bertindak menampar dan menggigit seorang anggota polis yang mahu menyamannya, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian berlaku di jambatan Kampung Melayu, Jakarta. Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Ketika kejadian, wanita berstatus mahasiswi ditahan anggota polis terbabit kerana melanggar peraturan lalu lintas dengan melawan arus.

Menerusi video tersebut, dia dilihat bertengkar dengan anggota polis yang menegurnya.

Bukan sahaja melemparkan kata-kata kesat, malah, wanita itu turut memukul, menendang dan menggigit anggota polis yang menahannya.

Sebilangan penduduk tempatan cuba menenangkan wanita tersebut. Dia bagaimanapun mendesak anggota polis itu untuk tidak mengenakan saman tersebut.

Pegawai Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Timur, AKBP Ahsanul Muqaffi mengakui kejadian itu. Akibat tindakannya, wanita itu dibawa ke Pejabat Polis Metro Jakarta Timur untuk siasatan lanjut. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker