Pengadil ‘hanyut’ cetus kemarahan dunia
Pengadil ‘hanyut’ cetus kemarahan dunia

Philadelphia: Perancis meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Paraguay dalam aksi Piala Dunia 2026, namun perlawanan tersebut dicemari kontroversi besar apabila prestasi pengadil menjadi tumpuan utama dan mencetuskan kemarahan penyokong di seluruh dunia.
Kemenangan Perancis hadir menerusi sepakan penalti Kylian Mbappe pada minit ke-70 dalam perlawanan yang berlangsung dalam suasana tegang serta penuh insiden keras sepanjang 90 minit permainan.
Sejak awal permainan, Paraguay didakwa menggunakan pendekatan fizikal dan agresif dalam usaha mengekang gerakan pemain bintang Perancis termasuk Mbappe yang sering menjadi sasaran terjahan.
Bagaimanapun, pengadil perlawanan Ilgiz Tantashev dari Uzbekistan menjadi perhatian apabila didakwa gagal mengawal tempo serta intensiti perlawanan dengan baik.
Lebih mencetuskan kontroversi, beliau tidak melayangkan sebarang kad kuning kepada pemain Paraguay walaupun pasukan itu merekodkan 12 kekasaran sepanjang perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sia-siakan Peluang, Kembalikan Bukit Kepong Kepada BN – Ismail
- PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor
- Manifesto PH Johor Ciplak, Jangan Percaya Apa Mereka Janjikan – Dr Shamsul Anuar
Sebaliknya, tiga pemain Perancis pula dilayangkan kad kuning dalam aksi yang semakin panas menjelang penghujung perlawanan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai konsistensi pengadilan.
BBC melalui bekas pemain Joe Hart dan Thomas Hitzlsperger turut mengkritik keras aksi Paraguay yang disifatkan sebagai keterlaluan serta tidak menghormati semangat kesukanan.
“Saya sangat suka bagaimana Mbappe bermain dalam perlawanan ini… pemain Paraguay bertindak seperti satu tindakan yang sangat memalukan malam ini,” kata Hart.
Hart turut menambah bahawa pengadil gagal mengawal perlawanan dengan baik dan keadaan itu boleh membawa risiko kepada keselamatan pemain.
Di media sosial, penyokong meluahkan kemarahan dengan ramai menyifatkan prestasi pengadil sebagai tidak kompeten dan mendesak FIFA mengambil tindakan termasuk penggantungan segera.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Aku Budak Benut’, ‘Benut Rumah Kita’ Terus Semarakkan Kempen BN PRN Johor
- Tiada Parti Mampu Tadbir Johor Lebih Baik Selain BN – Abdul Halim
- ‘Manifesto PH Sekadar Angka Besar, BN Tawar Pelan Yang Boleh Dilaksana’ – Zaidi
Ada juga yang menganggap ia antara persembahan pengadilan paling buruk dalam kejohanan kali ini, dengan dakwaan pengadil tidak menunjukkan usaha untuk melindungi pemain di atas padang.
Walaupun mencatat kemenangan, Perancis tetap terpalit dengan insiden panas selepas wisel penamat apabila berlaku pertembungan kecil antara pemain kedua dua pasukan yang gagal mengawal emosi.
Pengadil ‘hanyut’ cetus kemarahan dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
You must be logged in to post a comment.