Hasrat Zii Jia ke final Terbuka Kanada musnah
Hasrat Zii Jia ke final Terbuka Kanada musnah

Kuala Lumpur: Hasrat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk menamatkan penantian meraih gelaran Jelajah Dunia terkubur selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir Terbuka Kanada 2026 di Markham, Ontario, hari ini.
Dalam pertarungan sengit selama 70 minit di Markham Pan Am Centre, Zii Jia bergelut untuk mengekang aksi agresif pemain Jepun, Riki Takei, sebelum tewas 13-21 pada set pembukaan.
Pemain negara itu bangkit pada set kedua untuk menang 21-18, sekali gus mengheret perlawanan kepada set penentuan sebelum tewas 18-21.
Kekalahan itu adalah yang pertama dialami Zii Jia kepada pemain Jepun berkenaan selepas beliau berjaya menewaskan Takei pada Terbuka Australia 2026 bulan lepas.
Walaupun bergelar pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, pemain profesional itu masih memburu gelaran selepas kali terakhir muncul juara pada Terbuka Australia 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sia-siakan Peluang, Kembalikan Bukit Kepong Kepada BN – Ismail
- PH Tabur Janji Berbilion Tanpa Pelan, Manifesto Sekadar Umpan – Pemuda BN Johor
- Manifesto PH Johor Ciplak, Jangan Percaya Apa Mereka Janjikan – Dr Shamsul Anuar
Susulan kekecewaan pada separuh akhir itu, pasukan pengurusan rasmi Zii Jia, TeamLZJ, menerusi media sosial menyatakan masih banyak aspek positif yang boleh diperkukuh bagi menghadapi siri kejohanan seterusnya sepanjang musim ini.
Hasrat Zii Jia ke final Terbuka Kanada musnah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
You must be logged in to post a comment.