Redzuan-Zi Yu akhiri badi 19 tahun acara beregu campuran
Redzuan-Zi Yu akhiri badi 19 tahun acara beregu campuran

Kuala Lumpur: Penantian 19 tahun Malaysia untuk meraih kejuaraan acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia berakhir pada edisi 2026 apabila gandingan Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal dan Low Zi Yu melakar sejarah di Yatsushiro, Jepun.
Pasangan pilihan kedua negara itu mempamerkan aksi yang mantap sepanjang perlawanan dan berjaya menewaskan lawan, iaitu gandingan dari China, Zheng Wei Gang dan Li Meng Han dalam aksi final straight set selama 43 minit di Gimnasium Umum Bandar Yatsushiro.
Pemain negara menguasai set pertama 21-15 dan mengatasi pencabarnya yang cuba bangkit pada lewat perlawanan, sebelum berjaya mengesahkan kemenangan pada set kedua 22-20.
Kejayaan itu turut menjadi kemenangan pertama mereka ke atas pasangan China itu dalam pertemuan sulung kedua-dua pasangan.
Pencapaian bersejarah ini penting buat skuad badminton Malaysia apabila mereka menjadi pasangan beregu campuran remaja negara pertama merangkul gelaran itu sejak Tan Wee Kiong dan Woon Khe Wei melakukannya pada 2007.
Redzuan-Zi Yu akhiri badi 19 tahun acara beregu campuran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
You must be logged in to post a comment.