Misi ke Piala Dunia bermula di Jepun

Misi ke Piala Dunia bermula di Jepun

Misi ke Piala Dunia bermula di Jepun
Skuad remaja lelaki negara

Kuala Lumpur: Skuad remaja lelaki negara bakal ‘berkampung’ di Gifu, Jepun untuk menjalani siri lima perlawanan ujian sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala Remaja Asia 2026 di Moqi, China, dari 4 hingga 13 September depan.

Menurut jurulatih Young Tigers, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, tempoh kira-kira dua bulan sebelum bermulanya Kejohanan Piala Remaja Asia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan sasaran layak ke Piala Dunia Remaja dapat direalisasikan.

“Pasukan mempunyai tempoh dua bulan untuk melakukan segala persiapan bagi memastikan misi Malaysia layak ke Piala Dunia Remaja menerusi tiket Kejohanan Piala Remaja Asia tercapai.

“Lima perlawanan ujian ini adalah sebahagian daripada persiapan kami. Kami yakin aksi ini dapat membantu mengenal pasti tahap keupayaan pasukan serta kelemahan yang perlu segera diperbaiki dalam tempoh persiapan yang masih berbaki.

“Selepas pulang daripada Jepun, kami akan mengadakan satu lagi siri persiapan akhir sebelum menghadapi kejohanan sebenar,” katanya kepada Konfederasi Hoki Malaysia sebelum berlepas ke Jepun semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto PH ‘Copy Paste’, Tukar Angka Untuk Kaburi Rakyat


Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa peluang merebut salah satu daripada enam slot ke Piala Dunia Remaja bukan tugas mudah meskipun Malaysia memiliki rekod baik di pentas Asia.

Katanya, sejarah dan reputasi tidak boleh dijadikan ukuran kerana beberapa negara kini menunjukkan peningkatan ketara.

“Kami sedar pasukan seperti Bangladesh, China, Jepun dan Korea sedang meningkat naik. Mereka perlu diberikan perhatian kerana mampu menjadi ancaman kepada Malaysia dalam misi memburu kelayakan.

“Kami yakin dengan persiapan terbaik, keazaman tinggi serta semangat setiap pemain untuk mengharumkan nama Malaysia, pasukan mampu mencapai keputusan positif seperti yang disasarkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nor Saiful Zaini melihat beberapa perlawanan persahabatan itu sebagai platform terbaik menguji kemampuan sebenar pasukan, sekali gus mempercepatkan proses pembentukan skuad yang dibarisi hampir 80 peratus pemain baharu.

Sepanjang kem latihan di Jepun, Malaysia dijadual memulakan aksi ujian pertama menentang skuad senior Jepun pada 7 Julai sebelum berdepan skuad bawah 21 (B-21) Jepun pada 8, 10, 11 dan 12 Julai.

Misi ke Piala Dunia bermula di Jepun

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker