Banjir di Kulim: 33 mangsa dari 2 kampung berlindung di PPS

Banjir di Kulim: 33 mangsa dari 2 kampung berlindung di PPS

Banjir di Kulim: 33 mangsa dari 2 kampung berlindung di PPS

Banjir di Kulim: 33 mangsa dari 2 kampung berlindung di PPS
Anggota APM Kulim melakukan pemantauan di dua kawasan kampung di daerah itu yang terjejas dinaiki air sejak malam tadi. – Foto ihsan APM
Banjir di Kulim: 33 mangsa dari 2 kampung berlindung di PPS
Anggota APM Kulim melakukan pemantauan di dua kawasan kampung di daerah itu yang terjejas dinaiki air sejak malam tadi. – Foto ihsan APM

KULIM: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini menempatkan 33 mangsa banjir membabitkan 10 keluarga dari dua kampung di daerah ini malam tadi.

PPS di Masjid Al Muhtadin Sungai Seluang, Lunas yang menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Seluang Bawah dan Kampung Batu 7.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, air naik susulan hujan lebat berterusan selama sejam sejak jam 5 petang semalam menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan rendah.

Kebanyakan mangsa berpindah sendiri ke PPS bermula jam 10.45 malam tadi kerana tiada tempat tidur.

“Beberapa kawasan lain turut terjejas namun sejam kemudian air surut… dua kawasan kampung itu saja yang agak rendah menyebabkan air lambat keluar,” katanya.

Banjir di Kulim: 33 mangsa dari 2 kampung berlindung di PPS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker