Penyamun pecah masuk rumah doktor kantoi kerana GPS
Penyamun pecah masuk rumah doktor kantoi kerana GPS

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor menanggung kerugian RM50,000 selepas unit kondominiumnya di sini dipecah masuk, kelmarin.
Lelaki berusia 43 tahun menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi sebaik bangun daripada tidur.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa mendapati beberapa barangan miliknya seperti jam, kunci rumah, kunci kereta dan iPad yang diletakkan di atas meja makan hilang.
Katanya, doktor itu turut memeriksa aplikasi kenderaan mewah miliknya melalui telefon pintar sebelum mendapati kereta itu berada di sebuah flat di bandar raya ini lalu membuat laporan polis.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis menyerbu sebuah rumah pekerja di Kampung Kuala Tengah, Marang, kira-kira jam 3.15 pagi tadi lalu menahan seorang lelaki berusia 27 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Hasil pemeriksaan menemui 21 barangan seperti beg berjenama mewah, kad akses kondominium, jam, kad ATM dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.
“Siasatan mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai ayam melakukan kerja sambilan sebagai house keeping di kondominium berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan juga tiada sebarang rekod lampau.
Katanya, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Penyamun pecah masuk rumah doktor kantoi kerana GPS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.