Harga di utara jatuh, ketum mula diseludup ke Lembah Klang, selatan Semenanjung
Harga di utara jatuh, ketum mula diseludup ke Lembah Klang, selatan Semenanjung

ARAU: Kejatuhan harga di Thailand dipercayai menyebabkan sebahagian daun ketum dari utara kini mula beralih ke pasaran Lembah Klang dan selatan Semenanjung.
Situasi itu berubah kerana harga pasaran yang sebelum ini lebih RM100 sekilogram (kg) di negara jiran itu kini merudum kepada RM3, manakala di negara ini pula harganya jatuh kepada RM2 hingga RM3 sekilogram.
Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata permintaan daun ketum tetap ada di Thailand, namun kawalan sempadan yang ketat oleh pihaknya dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menyebabkan penyeludupan ke negara jiran kini lebih berisiko.
“Sejak itu, kita dapati perniagaan atau permintaan daun ketum kini mula mengalih haluan ke selatan tanah air dengan menjadikan negeri di zon tengah seperti Lembah Klang, Kuala Lumpur atau selatan sebagai lokasi pasaran daun ketum.
“Malah, penjualannya juga dikatakan boleh mencecah RM30 hingga RM40/kg dan menyebabkan keuntungannya lebih daripada separuh apa yang dipasarkan ke Thailand,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan majlis penutup program Crime Awareness Day Peringkat Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hussein, di sini hari ini.

Muhammad berkata, peralihan pasaran daun ketum ke negeri di selatan tanah air, termasuk Lembah Klang turut mempunyai faktor persaingan daun ketum yang berada di Thailand.
“Pasaran masih ada (di Thailand), cuma untuk ke sana agak berisiko, ditambah pula dengan kawalan ketat di sempadan, sama ada laluan laut dan darat.
“Selain itu pasaran daun ketum di Thailand juga dikatakan masih lagi mampu untuk cover kos berbanding di negara ini. Di Thailand juga, tidak ada halangan penggunaan daun atau air ketum, termasuk untuk perusahaan.
“Penggunaan ketum dikatakan banyak oleh orang dari utara, jadi apabila mereka menetap di kawasan seperti Lembah Klang, menyebabkan penggunaan daun ketum menarik banyak pihak untuk turut menggunakannya.
“Kekerapan tangkapan penyeludup daun ketum ke Thailand di Perlis juga turun sehingga 60 peratus, purata tangkapan satu hingga tiga kes sebulan dan saya kerap katakan kawalan ketat di sempadan kita menyebabkan ini berlaku,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Terdahulu, seramai 1,500 pelajar menyertai program itu yang bermatlamat mendidik dan menyampaikan maklumat mengenai trend jenayah terkini yang menyasarkan kanak-kanak, terutama dalam kalangan murid sekolah.
Harga di utara jatuh, ketum mula diseludup ke Lembah Klang, selatan Semenanjung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.