‘Definisi cantik? Bella Astillah’ – Syed Saddiq buat Bella tersipu malu
‘Definisi cantik? Bella Astillah’ – Syed Saddiq buat Bella tersipu malu
PETALING JAYA – “Definisi cantik? Bella Astillah.”
Sekelip mata, ayat ringkas daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu membuatkan netizen tidak keruan dan histeria dengan keromantisan mereka berdua.
Segalanya tercetus menerusi satu video promosi produk kosmetik dalam TikTok apabila Saddiq, 32, menerima cabaran Bella, 31 untuk mengenakan solekan ke wajahnya sendiri.
“Sebab awak macam kucing, jadi saya kena sapu ‘foundation’ ini di bawah dagu juga.
“Awak pakai ‘shade’ apa-apa pun cantik,” katanya.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah kemudian bertanyakan Saddiq mengenai definisi kecantikan baginya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
“Bagi awak, definisi cantik tu apa?,” soalnya.
Tanpa ragu, Saddiq menjawab, ‘Bella Astillah’ sambil tersenyum, membuatkan ibu dua anak itu tersipu malu.
Momen spontan tersebut lantas membuatkan peminat terus ‘berkicau’ menerusi ruangan komen.
“Bella dengan Saddiq ni chemistry dia lain macam, sumpah cute,” komen pengguna lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
“Kalau tak kahwin lagi dua ni tak tahulah, manis lain macam dah ni, kahwin jelah terus, senang,” ujar peminat.
Sebelum ini, Bella dan Saddiq pernah berkolaborasi dalam kempen jenama pakaian tempatan, malah Saddiq turut muncul dalam video muzik lagu Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella sendiri.
Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga disebut sebagai BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial termasuk sehingga ke Korea Selatan.
You must be logged in to post a comment.