Tanah runtuh: Laluan utama ke Institut Aminuddin Baki Genting Highlands ditutup
Tanah runtuh: Laluan utama ke Institut Aminuddin Baki Genting Highlands ditutup

BENTONG: Laluan masuk ke Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Genting Highlands, di sini ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran pondok pengawal utama institut itu, Jumaat lalu.
Pengarahnya, Norazmir Ahmad, berkata tanah runtuh berlaku kira-kira 10 meter dari pondok pengawal utama dengan langkah penutupan laluan diambil sebagai langkah keselamatan.
Katanya, semua urusan keluar masuk warga IAB dialihkan ke Pos Belakang yang terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Layang.
“Pihak pembangunan telah memaklumkan perkara ini secara lisan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong dan surat rasmi sedang disediakan untuk tindakan lanjut.
“Semua warga institut dinasihatkan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk gangguan bekalan air dan elektrik,” katanya melalui kenyataan di Facebook rasmi IAB Cawangan Genting Highlands pada hari kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Dalam pada itu, katanya arahan penadahan air sudah dikeluarkan dan beberapa langkah awal sedang diambil di blok latihan serta menara bagi menghadapi sebarang situasi.
Norazmir turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah IAB Pusat, Ab Aziz Mamat yang turun padang meninjau lokasi kejadian serta memberi sokongan moral kepada warga IAB di sini.
“Sebarang perkembangan berkaitan kejadian akan dikemas kini daripada semasa ke semasa demi keselamatan dan kesejahteraan bersama,” katanya.
Tanah runtuh: Laluan utama ke Institut Aminuddin Baki Genting Highlands ditutup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.