KL City tutup buku dengan belasah KDN FC
KL City tutup buku dengan belasah KDN FC

Kuala Lumpur: KL City FC menutup musim 2024/25 dengan kenangan terindah selepas merakam kemenangan 5-2 mengatasi Kelantan Darul Naim (KDN FC) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Miroslav Kuljanac unggul dengan kemenangan ke-11 musim ini dan menghimpun 31 mata daripada 24 perlawanan.
KDN FC pula akur dengan kekalahan ke-21 pada musim ini dan sekadar mengutip tujuh mata sepanjang musim ini.
Pada aksi terbabit, Zhafri Yahya memberikan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-24 sebelum KDN FC mengikat kedudukan menerusi Adam Danial Md Zaid pada minit ke-45.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Bersambung lepas rehat, Mohamad Fazrul Amir Md Zaman mengejutkan KL City FC dengan gol penyamaan pada minit ke-53.
Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-70 dengan dua gol pantas menerusi jaringan Paulo Josue (m71) dan Haqimi Azim Md Rosli (m74) kembali membolehkan KL City FC memimpin perlawanan.
Ryan Lambert menambah derita pelawat dengan gol kelima pada minit ke-86 dan kedudukan 5-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
KL City tutup buku dengan belasah KDN FC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.