Siti Nurhaliza Kongsi Momen Hari Sukan Aafiyah [VIDEO]
Curi Perhatian Netizen!-“Afwa Pun Sama Lari…”
Siti Nurhaliza Kongsi Momen Hari Sukan Aafiyah [VIDEO]
Penyanyi, Datuk Seri Nurhaliza berkongsi momen istimewa anak perempuannya, Nur Aafiyah yang terlibat dengan sukan sekolah, baru-baru ini.
Kongsi Siti, ia adalah pengalaman yang berharga buat Aafiyah dengan mencabar diri untuk melakukan yang terbaik pada hari sukan tersebut.
“Hari sukan sekolah Aafiyah. Pengalaman berharga untuk anak ibu. Cabar diri untuk berikan yang terbaik.
Ibu dulu nikmati setiap pengalaman indah ini. Ibu menang dan kalah setiap kali dalam sukan tapi ibu paling suka bila ibu cabar diri dan habiskan setiap larian. Good job Aafiyah 💪.”-kongsi Siti Nurhaliza di Instagram
“Afwa Pun Sama Lari…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Aafiyah umpama melihat penyanyi terkenal ini ketika masih kecil, malah ramai yang terhibur dengan gelagat adik kepada Aafiyah, iaitu Afwa yang turut berlari di luar padang ketika kakaknya itu menyertai sukan larian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Afwa jadi supporter kakak dia hahaha nasib baik mimi pegang. Kalau tak, dia sampai dulu tu 😂.”
“Afwa pun sama lari 😂😂.”
“Afwa terpaling seronok nak join lari yek. Boleh hantar Afwa sekolah 😂.”
“Aafiyah kuat seperti ibu. Moga Aafiyah Afwa berjaya dunia akhirat.”
“Afwa cute sangat. Excited dia.”
“Tahniah Aafiyah, Seperti melihat Datuk Siti semasa kecil 😍.”
“Tahniah Aafiyah 👏👏 menang kalah tu adat bertanding yang penting mencuba-cuba lagi ya Aafiyah.”
Siti Nurhaliza Kongsi Momen Hari Sukan Aafiyah [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.