Lelaki ditahan, didakwa di Australia cuba buka pintu pesawat ketika penerbangan dari Malaysia

Lelaki ditahan, didakwa di Australia cuba buka pintu pesawat ketika penerbangan dari Malaysia

Lelaki ditahan, didakwa di Australia cuba buka pintu pesawat ketika penerbangan dari Malaysia
Gambar hiasan

ANKARA: Seorang warga Jordan ditahan dan didakwa kerana membahayakan keselamatan penerbangan dari Malaysia ke Sydney serta menyerang seorang kru kabin selepas lelaki itu cuba membuka dua pintu kecemasan pesawat, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Polis Persekutuan Australia hari ini.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan tertuduh berusia 46 tahun cuba membuka pintu kecemasan di bahagian belakang pesawat semasa penerbangan.

Menurut polis, lelaki itu kemudian diarahkan oleh kakitangan syarikat penerbangan untuk duduk di bahagian tengah pesawat, namun dia sekali lagi cuba membuka pintu kecemasan di bahagian itu.

“Lelaki berkenaan kemudian dihalang oleh kru serta penumpang dan semasa itu dia didakwa menyerang seorang kakitangan syarikat penerbangan,” menurut kenyataan itu.

Polis berkata setiap kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar


Lelaki itu ditahan sejurus pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Sydney dari Kuala Lumpur dan akan dihadapkan ke sebuah mahkamah tempatan atas dua pertuduhan membahayakan keselamatan pesawat dan satu pertuduhan menyerang kru kabin.

“Tindakan lelaki ini boleh membawa akibat yang tragis dan penumpang serta kakitangan penerbangan tidak sepatutnya berdepan dengan tingkah laku yang tidak terkawal, ganas atau berbahaya dalam penerbangan,” kata Detektif Pemangku Superintendan, Davina Copelin. – BERNAMA-ANADOLU

Lelaki ditahan, didakwa di Australia cuba buka pintu pesawat ketika penerbangan dari Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker