Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Lelaki rentung kereta dipandu terbabas sebelum terbakar

Lelaki rentung kereta dipandu terbabas sebelum terbakar

Lelaki rentung kereta dipandu terbabas sebelum terbakar
Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 11.5 Lebuhraya Senai Desaru menghala ke Senai. – Foto ihsan bomba

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 11.5 Lebuhraya Senai Desaru menghala ke Senai di sini, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pagi, mangsa dipercayai terperangkap dalam kenderaannya dan gagal menyelamatkan diri.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa lelaki berumur 44 tahun dalam perjalanan dari Ulu Tiram menghala ke Senai hilang kawalan ketika sampai di lokasi kejadian.

“Kereta dipercayai terbabas ke kiri jalan dan terlanggar longkang kecil. Akibat kemalangan itu, kereta dipandu mangsa terbakar dan mangsa terperangkap didalamnya.

“Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan Senai yang tiba di tempat kejadian, berjaya memadam kebakaran dan membawa keluar mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki rentung kereta dipandu terbabas sebelum terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker