Letupan Sungai Golok: Tak sangka suami jadi mangsa serangan bom
Letupan Sungai Golok: Tak sangka suami jadi mangsa serangan bom

Rantau Panjang: “Saya berasa tidak sedap hati dan membuat panggilan video sebelum suami menunjukkan kakinya yang cedera akibat terkena bom, malah sempat melihat secara langsung situasi yang berlaku melalui telefon,” kata seorang wanita warga Thailand, yang mahu dikenali sebagai Yana, 20.
Yana ditemui pemberita ketika sedang menunggu pintu sempadan dibuka di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang, di sini, hari ini, sebaik sampai dari Selayang, Selangor menaiki bas jam 5.30 pagi hari ini.
Katanya, suaminya berusia 33 tahun yang juga seorang anggota tentera di Thailand sudah memaklumkan bertugas syif malam melalui WhatsApp memandangkan mereka adalah pasangan jarak jauh yang baru berkahwin lima bulan lalu.
“Saya terdetik untuk membuat panggilan video sebelum dia mula bertugas, tetapi tidak menyangka ketika itu keadaan sedang tegang dengan masih ada bunyi berbalas tembakan manakala suami sedang menahan kesakitan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
“Suami memberitahu dia sempat melepaskan beberapa das tembakan kerana turut diserang sebelum dibantu rakan setugas.
“Alhamdulillah, walaupun tercedera teruk namun Allah masih panjangkan nyawa suami dan saya akan meluangkan masa untuk menjaganya sehingga sembuh,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di sebuah restoran di Selayang Selangor.
Yana berkata, suaminya yang sedang mendapat rawatan di Hospital Sungai Golok mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan selain muka yang membengkak akibat ledakan bom.
“Sepanjang dua tahun suami bertugas, ini adalah pengalaman kali pertama dia diserang, lebih menyedihkan apabila dua rakannya turut meninggal dunia.
“Sebagai isteri, saya tentunya risau akan keselamatan suami sepanjang bekerja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
“Besar harapan saya semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi dan berharap agar suami sentiasa dalam lindunganNya,” katanya.
Katanya, dia dan suami kedua-duanya berasal dari Pekan Golok dan sudah biasa dengan berita berkaitan bom namun tidak menyangka kali ini terkena sendiri dan ia benar-benar meninggalkan kesan yang menakutkan.
Media sebelum ini melaporkan, beberapa penyerang melepaskan tembakan dan meletakkan bahan letupan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok malam kelmarin, mengakibatkan dua sukarelawan polis maut dan lapan cedera.
Dua sukarelawan polis yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Sabri Nasawan and Todsapon Paipim.
Tembakan dan letupan sekitar jam 7.10 malam (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.
Letupan Sungai Golok: Tak sangka suami jadi mangsa serangan bom
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET