Terpedaya iklan pelaburan di Facebook, pengurus syarikat rugi RM1.15 juta

Terpedaya iklan pelaburan di Facebook, pengurus syarikat rugi RM1.15 juta

Terpedaya iklan pelaburan di Facebook, pengurus syarikat rugi RM1.15 juta

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat kerugian kira-kira RM1.15 juta selepas diperdaya pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor menerima laporan daripada mangsa berusia 54 tahun.

“Modus operandi suspek dengan memperdayakan mangsa melalui iklan di aplikasi Facebook mengenai pelaburan dikenali ‘Arcadia Equity Co Limited’.

“Dalam kes ini, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1.15 juta selepas membuat 21 kali transaksi ke sembilan akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, katanya pihak polis sudah berulang kali menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan di media sosial ini bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Dalam satu kes berasingan, Hussein berkata, seorang pengarah syarikat kerugian RM1.2 juta akibat diperdaya dalam satu urusan jual beli produk kecantikan.

“Mangsa yang berusia 56 tahun membuat laporan polis di Subang Jaya mendakwa tidak menerima bayaran selepas membekalkan produk kecantikan oleh seorang rakan yang dikenalinya sejak 2010.

“Suspek membuat tempahan produk kecantikan daripada syarikat mangsa pada 2020, dan setelah penghantaran dibuat, suspek tidak membuat bayaran sehingga kini berjumlah RM1.2 juta,” katanya.

Hussein berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan trend penipuan sebegini. Buat semakan terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum urusan jual beli diteruskan,” katanya.

Terpedaya iklan pelaburan di Facebook, pengurus syarikat rugi RM1.15 juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker