Puma penaja baharu skuad Harimau Malaya
Puma penaja baharu skuad Harimau Malaya
Kuala Lumpur: Jenama sukan antarabangsa, Puma kini merupakan penaja pakaian dan jersi rasmi skuad bola sepak kebangsaan, berkuat kuasa hari ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.
Kenyataan itu memaklumkan kerjasama tersebut, menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan nombor satu dunia itu, serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang.
“Butiran lanjut mengenai perjanjian kerjasama FAM dan PUMA akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang akan diumumkan nanti,” menurut kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, FAM mengucapkan terima kasih kepada jenama sukan Nike yang menaja pakaian dan jersi rasmi Harimau Malaya sebelum ini selama 18 tahun bermula dari Januari 2007 hingga Disember 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.