Djokovic berjuang ‘tanpa’ Murray

Djokovic berjuang ‘tanpa’ Murray

Djokovic berjuang 'tanpa' Murray
NOVAK Djokovic. FOTO Agensi

London: Jurulatih baharu Novak Djokovic, Andy Murray terlepas aksi pembuka musim bersama pemain Serbia itu.

Ia kerana Murray masih lagi bercuti bersama keluarganya yang kini sedang menghabiskan cuti Krismas di sebuah pusat ski terkemuka sekali gus tidak dapat bersama Djokovic.

Namun Murray tetap mengikuti perkembangan Djokovic dari jauh dengan dia sentiasa berhubung menjelang saingan Terbuka Australia, hari ini.

Kedua-dua bekas pemain nombor satu dunia itu sebelum ini adalah musuh sengit di gelanggang, bermain antara satu sama lain sebanyak 36 kali.

“Dia (Murray) sebenarnya sedang bermain ski pada masa ini,” kata Djokovic.

Jelasnya lagi, dia berharap Murray meluncur dengan sebaiknya tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Dia bercuti bersama keluarganya, namun kami sentiasa berhubung melalui alat telekomunikasi. Saya harap dia tidak mengalami kecederaan ketika meluncur dan harap dapat datang ke Melbourne tanpa sebarang kecederaan.

“Kami bercakap sebelum perlawanan, kami berkomunikasi setiap hari, jadi saya teruja untuk mempunyai dia dalam pasukan saya, di sudut saya,” kata Djokovic.

Djokovic berjuang ‘tanpa’ Murray

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker