Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai UMNO

Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai UMNO

Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai UMNO

 

Dr Mahathir kini betul-betul dalam keadaan yang tersepit.

Kedua-dua anak beliau, Mirzan dan Mokhzani terpaksa akur untuk mengisytiharkan harta kepada SPRM.



Pengisytiharan harta Mirzan dan Mokhzani dijangka akan membuka lebih banyak cerita yang selama ini tersembunyi.

Manakala Daim pula kini menemui jalan buntu untuk mengelakkan diri dari mengisytihar harta.

Cubaan terkini Daim adalah dengan menggunakan Bloomberg untukĀ menimbulkan persepsi salah guna kuasa terhadap kes yang sedang beliau hadapi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah




Tetapi usaha itu dilihat kurang berjaya kerana kurang mendapat liputan dari media.

Kalau pun ada media yang membuat liputan, hanyalah media yang dimiliki individu tertentu yang sememangnya diketahui pro Mahathir.

Sekira Daim diheret ke mahkamah, akan terbongkar pelbagai skandal yang selama ini disorok di bawah karpet.



Dapatkah Mahathir Kuasai UMNO, PAS Dan PPBM

 

Satu-satunya jalan untuk Dr Mahathir melepaskan diri beliau, anak-anak beliau dan kroni beliau adalah dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir menjatuhkan kerajaan sekarang dengan segera.

Kes-kes yang bakal dihadapi oleh beliau, anak-anak dan kroni beliau sudah pasti akan memakan masa yang panjang.



Cukup sekiranya kerajaan dapat ditukar selepas PRU 16.

Untuk menukar kerajaan, Dr Mahathir perlu menguasai UMNO, PAS dan PPBM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah PKR Terima Azmin Semula




Dr Mahathir sudah dapat mempengaruhi PAS, kini beliau cuma perlu menguasai UMNO dan PPBM.

Bekas pemimpin UMNO dari kem Keluarga Malaysia dilihat sudah berjaya mempengaruhi PPBM dengan mewujudkan kem yang bakal menyingkirkan Muhyiddin.

Ianya telah digerakkan oleh pemimpin Keluarga Malaysia yang kini berada di luar UMNO.



Kini mereka hanya perlu memastikan Hamzah memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Selepas itu, segala-galanya akan digerakkan mengikut skrip yang sudah Dr Mahathir sediakan.

Bagi pemimpin Keluarga Malaysia yang masih berada di dalam UMNO, tugas mereka agak sukar.

Pengaruh dan penguasaan DS Zahid terhadap pemimpin dan akar umbi UMNO sangat kukuh.

Lalu Dr Mahathir mulaĀ menghasut dengan tulisan beliau yang kononnya UMNO kini sudah tergelincir dari perjuangan asal.

UMNO digambarkan sebagai sebuah parti yang dipenuhi dengan pemimpin yang berjuang untuk kesenangan dan harta.

Sanggup melakukan apa sahaja agar keperluan peribadi dipenuhi.

Tetapi kita semua melihat, apa yang ditulis Dr Mahathir itu adalah ibarat menulis mengenai diri beliau sendiri.

Menggunakan parti untuk kepentingan peribadi dan kroni.

Cukup-cukuplah Tun M.

 

Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai UMNO

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker