Pendatang cuba lari, sembunyi dalam tandas di Kulai gagal, 45 ditahan
Pendatang cuba lari, sembunyi dalam tandas di Kulai gagal, 45 ditahan

KULAI: Cubaan beberapa pendatang asing tanpa izin melarikan diri dan bersembunyi dalam tandas gagal apabila semua 45 warga asing itu ditahan di sekitar Senai di sini, awal pagi semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata semua pendatang berusia antara 20 hingga 45 tahun itu ditahan dalam Ops Sapu membabitkan 27 pegawai bahagian penguatkuasa jam 1.05 pagi.
Katanya, operasi dijalankan hasil risikan dan aduan awam berhubung kehadiran pendatang yang dipercayai menetap di rumah kedai serta bekerja secara haram di kedai-kedai makan di kawasan berkenaan.
“Serbuan mengejut dilakukan ketika semua warga asing berkenaan sedang berehat di premis yang dijadikan sebagai tempat tinggal.
“Terdapat cubaan melarikan diri dan bersembunyi di dalam tandas, namun kesemua mereka berjaya diberkas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Mohd Rusdi berkata pendatang yang ditahan terdiri daripada 25 lelaki Myanmar, empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan serta masing-masing seorang lelaki India dan Nepal dan11 wanita Myanmar.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah selain didapati tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
“Semua tahanan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan telah ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut,” katanya.
Pendatang cuba lari, sembunyi dalam tandas di Kulai gagal, 45 ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.