Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
Insiden diserang sekumpulan lelaki termasuk dari kerabat Pahang.
Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
Alias Awang, yang dibelasah teruk dan ditembak oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang kerabat diraja Pahang, bersyukur nyawanya masih dipanjangkan oleh Allah.
MG difahamkan, mangsa telah dibelasah hampir tiga jam oleh sekumpulan lelaki di dalam kawasan stable kuda di Taman Gelora, dekat Kuantan.
Kejadian itu berlaku bermula dengan panggilan telefon oleh seorang ‘pegawai polis’ yang mengajak Alias untuk bertemu kerana mahu menawarkan kerja sebagai pengiring keselamatan.
“‘Pegawai polis’ ini menghubungi saya dan mengaturkan pertemuan untuk bertemu kerabat itu. Saya ditawar menjadi bodyguard, sebab itu sanggup bertemu dengan kenalan dan kerabat itu,” dakwanya walaupun terdetik dihatinya mengapa pertemuan tersebut dibuat pada lewat malam.
Bagaimanapun, Alias mendakwa, dia bersangka baik kerana mengenali ‘polis’ berkenaan dan setuju untuk berjumpa di lokasi yang dijanjikan seorang diri.
“Ketika masuk ke dalam kabin, kesemua mereka bersalaman dan apabila sampai di hujung (kabin), saya telah diserang.
“Saya membalas tumbukan pertama serta bergelut dengan seorang lelaki. Saya kemudian dipukul oleh mereka yang berada di dalam kabin.
“Saya dibelasah oleh belasan orang, dan sebahagian lagi ada menunggu di luar, semuanya kira-kira 20 orang lelaki.
“Saya kemudian ditikam di paha kanan dan ditembak dua das di luar kabin tetapi tidak mengena. Saya pertahankan diri selama tiga jam, dan hampir tumbang lalu buat keputusan untuk berbincang dengan mereka supaya bunuh saya sahaja daripada menyeksa,” katanya bapa kepada lapan anak itu.
Alias mendakwa dia dipukul dan ditembak oleh kumpulan berkenaan kerana rasa tidak puas hati berhubung isu tanah di Rompin, Pahang.
Tanah itu membabitkan ladang sawit seluas lebih 900 hektar yang dimiliki oleh penduduk Kampung Selendang, Rompin tetapi dikatakan telah ‘dirampas’ oleh pihak lain.
Sebaik sahaja perbincangan tersebut, secara tiba-tiba ‘pegawai polis’ dan seorang lelaki dalam kalangan kumpulan tu membawanya ke sebuah klinik.
Tetapi, saya diarah untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Saya enggan dihantar ke hospital, lalu mereka hantar saya pulang ke rumah. Saya membuat laporan polis selepas dua hari kejadian selepas dinasihati ahli keluarga kerana sedar berdepan dengan musuh yang mengancam nyawa,” ujar beliau yang pernah menjadi pengiring Almarhum Sultan Ahmad Shah.
Alias sehingga kini beliau masih belum dapat bekerja walaupun luka di paha dan muka sudah semakin pulih kerana khuatir keselamatan dirinya dan keluarga.
Serangan itu meninggalkan 13 bekas jahitan di paha Alias.
Mangsa, 44, yang juga bekas pegawai polis hanya mahu nasibya dibela dan mendapat keadilan sewajarnya oleh pihak berkuasa selepas laporan polis dibuat pada 8 Jun lalu.
Semalam, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah meyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan penuh berhubung insiden kes keganasan fizikal melibatkan kerabat Pahang yang tular di media sosial.
Menerusi kenyataan, baginda bertitah, siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan. MG
Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’