Polis buru lelaki larikan rantai emas bernilai RM24,800

Polis buru lelaki larikan rantai emas bernilai RM24,800

Polis mengesan seorang lelaki yang melarikan seutas rantai emas dari sebuah kedai emas di Bandar Botanik, Klang, kelmarin.

Suspek yang sedang diburu dikenali Muhamad Syafiq Zaharuddin yang dipercayai melarikan rantai emas bernilai RM24,800.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan daripada jurujual kedai emas berhubung kejadian itu.

“Kejadian jam 1.40 tengah hari Selasa lalu yang mana suspek seorang lelaki tempatan memasuki premis berkenaan untuk mencari dan membeli rantai emas untuk dihadiahkan kepada ibunya.

“Pengadu kemudian mengeluar dan menunjukkan rantai emas yang dipilih suspek sebelum lelaki itu keluar daripada premis untuk bercakap di telefon bimbitnya.

“Selepas itu, suspek kembali ke kedai dan mengambil rantai emas itu seterusnya melarikan diri menggunakan motosikal yang diparkir di hadapan kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Susulan kejadian itu, kedai emas berkenaan kerugian sejumlah RM24,800.

Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kemudian membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan curi dalam bangunan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, polis mengenalpasti suspek yang terlibat dan dalam usaha untuk menangkapnya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek kes ini diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya. BH



Polis buru lelaki larikan rantai emas bernilai RM24,800

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker