Hamidin usah ‘sombong’, sila jumpa Ultras Malaya
Hamidin usah ‘sombong’, sila jumpa Ultras Malaya
Tindakan penyokong memboikot Pestabola Merdeka 2024 bukan sahaja akan memberi kesan terhadap semangat dan moral pemain Harimau Malaya.
Malah, perkembangan negatif itu juga dianggap bakal menyebabkan impak kepada maruah bola sepak negara terutama turut membabitkan penyertaan pasukan dari negara lain selain aspek ekonomi dan penajaan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan bahawa kehadiran penyokong ke stadium memberi banyak implikasi besar terhadap aspek berkenaan.
Justeru, beliau berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memainkan peranan besar dalam memujuk kembali ‘ekor Harimau Malaya’ atau pemain ke-12 untuk membatalkan kempen boikot terhadap Pestabola Merdeka 2024.
Katanya, barisan kepimpinan FAM yang diketuai presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin perlu merendah diri dan mengadakan pertemuan dengan penyokong terutama Ultras Malaya yang dianggap memiliki pengaruh besar.
“Kejohanan ini juga membabitkan maruah bola sepak negara selain kesan kepada ekonomi seperti penajaan dan ekonomi hiliran termasuk penjualan jersi dan barangan cendera hati, itu semua akan berkait.
“Isu yang dibawa Ultras adalah mengenai kepimpinan dalam FAM selain beberapa perkara termasuk peletakan jawatan oleh Kim Pan Gon. Jadi FAM kena merendah diri dan berjumpa dengan Ultras Malaya.
“Saya fikir sekarang ini macam mana Datuk Hamidin dan FAM nak menarik rambut dalam tepung supaya rambut tak putus, tepung tidak berselerak. Itu memerlukan sifat kepimpinan yang amat besar.
“Bukan sahaja Ultras Malaya, malah FAM juga harus memujuk kumpulan penyokong atau ultras negeri lain untuk memastikan Harimau Malaya mendapat sokongan pemain ke-12.
“Kalau dekat Eropah, bila pasukan negara beraksi, mereka tak benarkan stadium kosong dan peminat mereka tetap hadir beri sokongan kerana implikasinya terhadap imej,” katanya.
Pada sidang media pada Khamis lalu, Hamidin menjelaskan kumpulan penyokong terutama Ultras Malaya boleh berjumpa dengan badan induk itu untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa isu berbangkit sebagai jalan penyelesaian isu boikot terhadap Pestabola Merdeka 2024.
Kejohanan yang turut disertai pasukan kebangsaan Filipina, Lubnan dan Tajikistan itu bagaimanapun hanya berbaki sehari sahaja lagi sebelum aksi pertama bermula Rabu ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malaysia diundi menentang Filipina manakala Lubnan berdepan Tajikistan dengan pemenang perlawanan itu akan mara ke final yang akan berlangsung, Ahad ini.
BH Sukan, semalam melaporkan jualan tiket bagi kejohanan itu menyedihkan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM, Datuk Posa Majais mengakui tidak sampai 1,000 keping tiket terjual setakat kelmarin. BH
Hamidin usah ‘sombong’, sila jumpa Ultras Malaya
Baca Artikel Menarik:
- Tak serik menyundal, wanita didenda kali kedua oleh mahkamah
- 4 amaran awal lubang benam, tanah runtuh di jalan raya
- Sudah 2 kali kamu merompak – Hakim
- PN tubuh Syarikat SG4 Group agih hasil nadir bumi negeri
- Tanah perkuburan Islam bertingkat
- Tayang hidung baharu demi tugas – Zarina Anjoulie
- Satu lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
- Lori rempuh kedai arak, 10 maut
- Pemilik motosikal dakwa ‘diganggu’ polis diminta buat laporan
- Pemerdagangan manusia babit ahli politik: 3 penulis artikel akan dipanggil polis
- Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial
- Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
- Perkahwinan Fazura sedang bergelora?
- Dakwaan tipu Agong, sila siasat, kata Zahid
- Pesta ‘swinger’ lubuk penyakit bawaan seks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’