Guna gambar tentera China untuk poster Bulan Kebangsaan, tindakan wajar diambil

Guna gambar tentera China untuk poster Bulan Kebangsaan, tindakan wajar diambil

Amanah menggesa tindakan wajar dikenakan terhadap guru yang menggunakan gambar tentera China untuk poster pertandingan berkaitan sambutan bulan kebangsaan.

“Hukuman yang sewajarnya mesti diambil agar ia benar-benar menjadi pengajaran kepada semua agar perkara seumpamanya tidak berulang,” kata Pengerusi Biro Pendidikan Amanah Azli Yusof.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau, Ahad lalu, menjalankan siasatan dalaman berhubung poster guru itu untuk pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah.

Setakat Ahad lalu, laporan awal diterima daripada sekolah, guru dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

Pengarah JPN negeri Datuk Abdul Said Hussain juga memohon maaf atas “kecuaian” guru itu dan berjanji tindakan sewajarnya akan diambil.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Azli bagaimanapun berkata apa yang berlaku bukan sekadar satu kesilapan.

Malah, katanya, ia tindakan yang “mencemarkan sambutan Bulan Kebangsaan, menghina sumbangan anggota keselamatan tanah air dan mempermainkan kedaulatan negara yang merdeka.”

‘Bimbang ada yang ambil kesempatan’

Dia juga bimbang terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan sengaja menyuburkan sentimen perkauman, membangkitkan kegelisahan awam dan menimbulkan keraguan terhadap kestabilan dan keharmonian negara.

Terdahulu, poster itu tersebar luas di media sosial dan menerima kecaman orang ramai.

Guru tersebut juga dilapor memohon maaf, menggantikan dengan poster baru serta menjelaskan dia tidak sengaja menggunakan gambar dari internet itu.

Poster itu pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos sebagai makluman untuk pelajar. Mk

Guna gambar tentera China untuk poster Bulan Kebangsaan, tindakan wajar diambil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker