Kekalahan PRK Nenggiri bakal beri tamparan pada Kerajaan Madani
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyeru pengundi di Nenggiri supaya menolak kerajaan perpaduan dengan memberi kemenangan kepada calon Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan di kerusi DUN itu pada 17 Ogos ini.
Takiyuddin berkata kemenangan PN akan menjadi amaran bahawa rakyat di peringkat akar umbi tidak menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Keputusan itu akan mewakili sebahagian besar rakyat negara ini yang mahukan Kerajaan Perpaduan turun dari tampuk pemerintahan serta-merta.
“Turun bukan dalam tempoh seminggu, sehari dua…tetapi 24 jam selepas PRK Nenggiri ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Takiyuddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia semasa melancarkan jentera pilihan raya gabungan itu di pejabat PAS Limau Kasturi di Gua Musang semalam.
Harus diingat bahawa semua PRK utama sejak pembentukan kerajaan menyebelahi penyandang kerusi, tetapi Nenggiri mewakili pilihan pertama PRK yang diadakan selepas penyandangnya dipecat daripada partinya sendiri.
Pemimpin PAS sebelum ini membuat dakwaan bahawa kemenangan PRK akan mencetuskan reaksi berantai yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Persekutuan tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong berkuat kuasa 19 Jun penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim dipecat dari Bersatu kerana menyatakan sokongan kepada Anwar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK itu masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.
Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani telah dipilih sebagai calon BN bagi PRK Nenggiri.
Menurut Takiyuddin, sekiranya rakyat menolak PN dalam pilihan raya, ia akan memberi gambaran bahawa mereka bersetuju dengan tindakan Mohd Azizi.
Dia berkata tindakan Mohd Azizi itu adalah satu pengkhianatan terhadap parti dan mandat rakyat selepas diberi peluang bertanding.
“Dia ‘paling bertuah’ apabila menjadi calon tunggal dari Bersatu di Kelantan yang diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN.
“Beliau khianat parti dan mandat yang diberikan rakyat dengan menyokong kepimpinan Anwar,” katanya.
Pada majlis sama, Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin memberi jaminan perkara sama tidak akan berulang kerana pihaknya akan memastikan individu yang dipilih sebagai calon tidak mengkhianati parti.
Menurutnya, penduduk Nenggiri akan terus kekal bersama PN.
Sementara itu, Pengerusi Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor menyeru pengundi untuk memberi kemenangan kepada PN dengan majoriti lebih besar iaitu 3,200 undi pada pilihan raya.
Katanya, dia mahu momentum kemenangan pada PRK Sungai Bakap baru-baru ini dikekalkan.
“Pada PRN15 (Pilihan Raya Negeri Ke-15) lalu kita menang dengan 810 undi.
“Kali ini, PN mahu majoriti lebih tiga kali ganda sepertimana di PRK Sungai Bakap,” katanya sambil mengingatkan pengundi bahawa tindakan Mohd Azizi jelas melanggar peraturan parti menyebabkan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan mengosongkan kerusi Nenggiri.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET