Bincang polemik kerjasama Umno-PH di PAU
Bincang polemik kerjasama Umno-PH di PAU
Seorang penganalisis berpendapat Perhimpunan Agung Umno (PAU) bulan depan harus menjadi platform sesuai membincangkan dan memutuskan polemik kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU16.
Zaireeni Azmi dari Universiti Sains Malaysia berpendapat perbahasan berkenaan isu itu tidak dapat dielakkan memandangkan pelbagai pendapat telah dikeluarkan pemimpin serta ahli termasuk oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan.
Sabtu lalu, Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat menyatakan tiada jaminan Umno bersama mana-mana gabungan pada PRU16 dan menjelaskan kerjasama ketika ini hanya untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara.
Bagaimanapun, Presiden Umno Zahid Hamidi pada 30 Jun lalu dilaporkan berkata Barisan Nasional (BN) akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU16 namun bertanding menggunakan lambang sendiri.
“Saya rasa tindakan bijak Tok Mat nak tunjuk Umno juga berhak tentukan dengan siapa hendak bekerjasama, mereka kena tunjuk apa boleh ditawarkan kepada parti itu untuk menang PRU16.
Jadi ini boleh dibincangkan pada PAU supaya ada penjelasan lebih jelas dan keputusan bersama dibuat, kata Zaireeni.
PAU 2024 dijangka berlangsung 21 sehingga 24 Ogos ini.
Isu kerjasama Umno-PH kembali berbangkit susulan tiga usul diluluskan Umno Tenggara antaranya meminta pimpinan mengkaji hubungan itu terutama dengan DAP menjelang PRU16.
Mengulas lanjut, Zaireeni berkata keberadaan Umno dalam kerajaan ketika ini disifatkan petanda baik untuk mereka pada masa depan, selain membantu menjamin kestabilan kerajaan dan ekonomi.
Namun tidak terikat dalam gabungan secara formal, tidak bersama PH tetapi berdiri sendiri selain boleh pilih bergabung dengan mana-mana parti pada PRU16, katanya.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berkata persoalan penting lain harus dibincangkan termasuk ‘poster boy’ atau calon perdana menteri dari Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau mengakui Umno selepas PRU15 mungkin tidak boleh menamakan calon perdana menterinya kerana hanya menang sedikit kerusi iaitu 26 daripada 30 dimenangi BN.
Namun ada persoalan bagaimana pula pada PRU16? Mungkin boleh dibangkitkan untuk dibincangkan, katanya. FMT
Bincang polemik kerjasama Umno-PH di PAU
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon