Anggota polis suspek utama pembunuhan Nur Farah Kartini

Anggota polis suspek utama pembunuhan Nur Farah Kartini

IPOH: Polis Perak mengesahkan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, adalah seorang anggota polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata suspek berusia 26 tahun itu adalah anggota berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Azizi berkata, kes mengenai kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini pada asalnya disiasat oleh Kontinjen Perak di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang, sebelum diserahkan kepada Polis Kontinjen Selangor.

“Kita sahkan bahawa subjek yang melakukan kes ini setakat yang disiasat oleh KEP Orang Hilang tadi itu, diperlakukan oleh seorang anggota daripada Balai Polis Slim River, dan (untuk itu) pasukan siasatan daripada Polis Daerah Muallim sudah menjalankan siasatan berasaskan KEP Orang Hilang itu.

“Dan beliau (subjek) sudah pun menunjukkan tempat di mana berlakunya kejadian (penemuan mayat), dan apabila kita semak tempat berlaku kejadian terbabit adalah di Selangor. Sehubungan itu, kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka oleh Kontinjen Selangor,” katanya.

Azizi berkata demikian kepada pemberita selepas sesi majlis mengambil alih tugas Ketua Polis Perak daripada Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di sini, hari ini.



Semalam, media melaporkan suspek ditahan susulan penemuan mayat mangsa di ladang sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.



Aziziturut memuji tindakan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir yang bertindak proaktif terhadap KEP Orang Hilang membabitkan gadis itu termasuk membuat hebahan mencari orang hilang di media massa mahupun media sosial.

“Saya amat berbangga dengan tindakan diambil oleh Ketua Polis Daerah Muallim kerana ‘on the spot’ mengedarkan dan uar-uarkan melalui media massa supaya mengesan penama berkenaan juga melalui media sosial.

“Jadi tindakan diambil oleh beliau itu berkesan dan siasatan juga terus dijalankan yang mana hasil dari penyiasatan yang dilalukan itu maka dia dapat mengesan (suspek),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussei Omar Khan ketika dihubungi berkata mayat mangsa yang dijumpai di ladang kelapa sawit berhampiran FELDA Gedangsa, Kuala Kubu Bharu semalam, ditemui dalam keadaan sudah mulai mereput.



“Berdasarkan siasatan awal, lokasi mayat mangsa ditemui adalah lokasi utama kejadian pembunuhan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sudah mula mereput. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya, hari ini. BH

Anggota polis suspek utama pembunuhan Nur Farah Kartini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas



Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker