Sukan Universiti ASEAN 2024: Bryan berjaya raih emas kedua dalam kesakitan

Perenang negara, Bryan Leong terus konsisten apabila meraih pingat emas keduanya pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 Surabaya-Malang.

Selepas mengungguli acara 50meter (m) kuak kupu-kupu lelaki semalam, Bryan mendominasi acara 100m kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 54.22saat (s) di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Jawa Timur, petang tadi.

Bryan mengakui dia tidak berada dalam keadaan terbaik namun berpuas hati selepas berjaya menyumbang pingat emas untuk kontinjen negara.

“Saya tidak berada dalam keadaan terbaik kerana saya mengalami demam semalam.

“Badan saya pun masih agak sakit dan kepala agak pening jadi fokus saya hanya untuk turun beraksi untuk hari ini.

“Ia bukanlah catatan masa yang terbaik tetapi melihat kepada proses dan keseluruhannya, saya gembira dapat meraih pingat emas,” kata Bryan.

Malaysia turut menambah emas dalam 200m kuak dada lelaki menerusi Hii Puong Wei yang mencatat 2:20.08s, pingat emas keduanya di AUG selepas 4x200m gaya bebas, semalam.

Bagaimanapun, Phee Jinq En bersaing sengit dengan perenang tuan rumah, Adellia bagi acara 200m kuak wanita yang menyaksikan Olimpian negara itu terpaksa berpuas hati memenangi pingat perak dengan catatan 2:33.89s.

Adellia mencatat masa 2:33.81s untuk merangkul pingat emas acara terbabit.

Jinq En sebelum ini sudahpun memenangi pingat emas dalam acara 50m kuak dada wanita dengan catatan 32.03s.

Selepas hari ketiga acara renang berlangsung, skuad renang negara sudahpun merangkul tujuh pingat emas, tiga pingat perak dan lapan pingat gangsa.

Sebagai rekod, skuad renang negara merangkul enam pingat emas, 11 pingat perak dan 10 gangsa pada temasya di Ubon Ratchathani, dua tahun lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker