Pemandu van sekolah berulang kali meminta maaf

Pemandu van sekolah berulang kali meminta maaf

Pasir Gudang: “Saya tidak menyangka kehilangan anak bongsu dalam sekelip mata, mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van sekolah berkenaan lebih berhati-hati,” kata suri rumah, Karmin Kahil, 39.

Menurut Karmin, dia masih tidak dapat melupakan kejadian menyayat hati yang menimpa anak bongsunya, Nurhafizah Nuljin, 5, yang ditemukan kali terakhir pada 6.40 pagi semalam ketika ke sekolah.

Dia berkata, kebiasaannya Nurhafizah dan abang arwah, Muhammad Afieq Miqhael, 6, akan memanggilnya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun daripada van sekolah kira-kira 11 pagi.

Namun, katanya, semalam dia hanya mendengar panggilan pemandu van sekolah yang memintanya keluar rumah untuk melihat keadaan anaknya.

“Nurhafizah hanya terbaring kaku manakala pemandu van sekolah berkenaan berulang kali meminta maaf dan menyatakan sudah melanggarnya.

“Pemandu van sekolah berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain, sebaliknya saya dibantu jiran untuk menghantar anak ke Klinik Kesihatan Masai sebelum arwah disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Seri Alam di sini, hari ini.

Karmin berkata, kejadian itu mengakibatkan Muhammad Afieq Miqhael trauma kerana dia melihat keadaan Nurhafizah hingga membuatkannya menangis setiap kali melihat gambar adiknya mahupun ketika kami bercerita berkaitan kejadian yang meragut nyawa arwah.

“Arwah Nurhafizah dibedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala serta urat leher di bahagian belakang kepala juga terputus.

“Mungkin dia terseret dalam kejadian, namun kami serahkan kepada polis menjalankan siasatan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Kedua-dua adik-beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2 di sini.

Nurhafizah mula menaiki van berkenaan sejak awal tahun ini manakala Muhammad Afieq Miqhael pula mendapatkan perkhidmatan van sekolah itu sejak tahun lalu.

Karmin yang berasal dari Sabah sudah menetap di Johor selama 20 tahun berkata, dia dan suaminya, Nuljin Delson, 41, yang juga jurukimpal, reda dengan kejadian menimpa anak mereka itu.

“Semalam wajahnya berseri-seri seperti kebiasaannya dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Cahaya Masai, Pasir Gudang kira-kira 6 petang,” katanya. HM

Pemandu van sekolah berusia 50 tahun yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan seorang murid prasekolah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini. Polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tujuan pendakwaan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pemandu van sekolah berulang kali meminta maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker