Guna Bentley perdaya mangsa untuk melabur

Guna Bentley perdaya mangsa untuk melabur

Polis menyiasat penggunaan sebuah Bentley oleh kumpulan didalangi Datuk Seri bagi meyakinkan mangsa untuk melabur dalam pembangunan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan.

Difahamkan kereta terbabit akan digunakan suspek ketika berurusan dengan mangsa dalam usaha bagi meyakinkan mereka melabur dengan syarikat kumpulan terbabit.



Malah kenderaan terbabit turut digunakan sebelum ini oleh pensyarah wanita sebuah universiti awam (UA) yang dilantik sebagai sebagai penasihat kepada kumpulan terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan berkaitan kenderaan terbabit.

Menurutnya, setakat ini, polis sedang mengesan lelaki terbabit yang menghilangkan diri.

“Siasatan berkaitan kes membabitkan penipuan pelaburan teknologi dan satu lagi kes penerbit filem yang ditipu projek perumahan masih dalam siasatan.



“Kedua-dua suspek terbabit setakat ini masih belum ditahan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Harian Metro secara eksklusif sebelum ini melaporkan lelaki bergelar Datuk Seri mendakwa pernah menetap di Denmark selama 20 tahun dan berkelulusan doktor falsafah (Phd) di universiti di negara terbabit serta mempunyai rakan kerjasama dengan sebuah syarikat peneraju teknologi hijau di Denmark.

Lelaki itu mendakwa syarikatnya mempunyai kepakaran dalam pembangunan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan untuk menarik pelabur dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Malah, bagi meyakinkan mangsa, dia bersama beberapa rakannya menubuhkan beberapa syarikat berasingan selain melantik seorang pensyarah kanan wanita dari universiti awam (UA) berusia 40-an yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu sebagai penasihat syarikat serta mencari orang ramai yang ingin melabur dalam projek pembangunan bandar teknologi hijau di Raub, Pahang dan KXP Kulim, Kedah.



Bagi meyakinkan pelabur, lelaki itu bersama rakan kongsinya termasuk pensyarah terbabit akan membentangkan kertas kerja berkaitan projek terbabit yang dianggarkan bernilai RM20 bilion.

Malah kumpulan sama terbabit turut menawarkan projek pelaburan perumahan di Kelantan yang kononnya akan menggunakan kepakaran dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga menyebabkan penerbit filem, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sehingga kerugian RM1.3 juta.

Rafiena juga dilaporkan berkata, lelaki itu sekali lagi menipu dengan mencagarkan sebuah kereta Bentley namun rupanya kereta terbabit bukan miliknya sebaliknya kepunyaan orang lain.

“Saya juga mengetahui kereta terbabit juga pernah digunakan oleh seorang pensyarah wanita dan bukan milik lelaki yang menipu saya,” katanya. HM



Guna Bentley perdaya mangsa untuk melabur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker